Sunday 21 April 2013

RESEPI LASAGNA....

Entry ni khas untuk geng whatapps member SAMT'79...

Bahan-bahan

  • 300g daging cincang             
  • 1 botol prego spagheti sos              
  • 1-2 sudu besar cili boh              
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna             
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket  Mozarella cheese (yg dah parut)            
  • 1-2 cawan susu segar             
  • Sedikit garam
Cara-cara

ADUAN A (Sos daging)

Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.  Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam. Selepas daging empuk, masukkan sos spageti prego. Setelah mendidih padam api dan ketepikan.
 
ADUAN B (Sos putih)               
 
Sediakan sauce pan, panaskan. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.  Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula. Masukkan cheese sedikt sahaja, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api setelah sos kelihatan sedikit pekat. (jgn pekat sgt nanti adunan akan sedikit keras bila sejuk) 
 
Sediakan dulang sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) . Kemudian masukkan pula sos putih tadi. Selang selikan aduanan sehingga dulang penuh. Akhir sekali taburkan cheese mozarela kt atas menutupi keseluruhan permukaan.               

Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak. Setelah masak biarkan lasagna sejuk sebentar. Kalau potong terlalu awal lasagna akan hancur dan lembik.

 
ni gambar model lasagna...hihi


ni lasagna masa panas
 

 
ni sebelum dibakar (masa bawak untuk pot luck kt opis)

 
yg ni aish makan kt delifrance...hihi gambar selingan jer
 
Apapun...harap u all enjoy dgn resepi ni...dan cuba jgn x cuba..

No comments:

Post a Comment