Friday 22 February 2013

Masalah Peti Sejuk

Semua orang ada peti sejuk. Selain untuk kemudahan, peti sejuk juga perlu dijaga dengan baik bagi memastikan barang-barang yang disimpan tahan lama dan elok. berikut merupakan antara masala-masalah yang dihadapi.
 
 
 
 

 1. Air bocor di dalam atau di bawah peti sejuk;
- Saluran paip air limpah tersumbat, patah atau bocor. Ganti dengan yang baru.
- Pastikan hos paip tidak tersumbat dan dulang tadahan tidak dipenuhi air.



 
2. Bau busuk;
- Saluran paip tersumbat. Tolak dengan air (flush).
Bersihkan hos dan dulang tadahan air.





3. Bunyi luar biasa;
- Pastikan kaki unit selaras pada keempat-empat kakinya.
- Pastikan dulang tadahan air berada pada kedudukan yang betul.
- Pastikan getah penahan pada kaki pemampat berada dlm keadaan baik (tidak pecah atau keras getahnya).
- Pastikan kipas penyejat dan kipas pemeluwap tidak terhalang oleh benda asing, biasanya habuk yg terlalu tebal ataupun material lain bawaan tikus.


 
4. Ais berlaku dengan cepat / Tidak defrost habis;
- Pastikan pintu peti sejuk tertutup rapat.
- Pastikan getah pintu dalam keadaan baik. Jika rosak, gantikan dengan yang baru.
- Pemasa (timer), pemanas (heater), atau pelaras suhu (thermostat) perlu diganti.



 
5. Kurang sejuk / Sentiasa running;
- Pastikan larasan suhu pada thermostat dalam keadaan betul.
- Pemeluwap kotor. Bersihkan.
- Pastikan gasket pintu elok. Gantikan jika perlu.
- Dalam cuaca panas, peti sejuk akan kerap running.
Pindahkan peti sejuk ke tempat / bilik yg kurang panas. Contohnya jika peti sejuk terletak di tepi tingkap, pindahkan sedikit dari tingkap supaya pancaran cahaya matahari tidak mengenai badan peti sejuk.
- Bilah penyejat atau pemeluwap mungkin tersekat, patah atau rosak.
- Pemasa nyahfrost (defrost timer) mungkin rosak dan perlu diganti.



6. Unit kerap on dan off sendiri;
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Jika ini berterusan, pemampat akan cepat rosak.
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. (Khasnya peti sejuk jenis "chiller display").


7. Unit berhenti beroperasi, tetapi voltan bekalan ada;
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. Pastikan kipas pemeluwap beroperasi seperti biasa.
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Pastikan thermostat dalam keadaan baik.
- Pastikan pemampat dalam keadaan baik.

8. Unit berhenti terus, tiada bunyi dan tiada lampu menyala;
- Periksa kotak fius di rumah, pada MCBnya mungkin tiada bekalan masuk atau suisnya terturun.
- Jika ada bekalan pada MCB di kotak fius, check fius 13 Ampere pada plug 3 pin pada unit.
- Jika fius 13 A masih ok, kemungkinan thermostat rosak atau pemampat rosak. Rujuk pada juruteknik peti sejuk.


 




Saturday 16 February 2013

Sunway putra hotel

Esok aku akan menghadiri kursus e-jkm di Sunway Putra Hotel KL. tak pernah lagi ke hotel tu. So hari ni kita tengok2 apa yang menarik tentang hotel ni.

Terletak berdekatan dengan hentian putra, hotel ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan keselasaan semasa berkunjung ke Kuala Lumpur. Saya sertakan beberapa buah gambar bilik, tempat makan dan tempat untuk persidangan di hotel ini. Hotel ini juga telah memenangai anugerah 'Certificate of Excellence' daripada tripvisor. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web berikut : http://putra.sunwayhotels.com/. Dalam entry yang akan datang aku akan ceritakan pengalaman sebenar tinggal 3 hari, 2 malam kt sana ok..










 




 


 


 

Friday 15 February 2013

Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

Blog ni berkaitan kehidupan seharian saya sebagai seorang anak, isteri, mama dan pegawai kerajaan dan akan datang sebagai seorang pelajar. Saya juga akan kongsi maklumat mengenai kesihatan, kebajikan dan sosial dengan semua pembaca. Di selang seli dengan resepi, percutian dan motivasi.

Harap k.e boleh bantu saya. Dulu ada blog tapi terpaksa ditutup. So sekarang nak aktif balik disamping nak mengasah semula bakat menulis. Persediaan untuk buat research nanti !!

Apapun saya memang jadikan blog k.e sebagai rujukan. Harap dapat tunjuk ajar dari k.e.
Sekian.

Aied
(xsemkas 5)

Makanan Terbaik Untuk Sarapan

Share on linkedin Share on facebook Share on twitter Share on email More Sharing Services
9

Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 14 Disember 2012

Memulakan hari yang baru mestilah dengan perkara yang baik. Bukan sahaja perbuatan tetapi juga dengan pemakanan. Barulah ceria.

Pengambilan sarapan yang berkhasiat membantu anak anda menjadi lebih fokus dan memberikan tumpuan penuh terhadap setiap aktiviti yang dilakukannya. Tapi, apakah makanan kaya khasiat yang sesuai untuk dijadikan sarapan anak? Bersama-sama ini ada beberapa panduan yang boleh anda ikuti.

Berikan anak:

Makanan berkanji.
Misalnya roti dan nasi. Makanan seperti ini penting kerana dapat membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Jika ingin memberi anak makan roti, pastikan roti itu pelbagai. Setiap hari roti yang berbeza dan menu yang berbeza. Contohnya, roti putih dibuat sandwic, roti gandum dibuat roti bakar dan roti pita pula dimakan bersama inti daging kisar. Jika anda ingin hidangkan kepada anak nasi pula, buatlah nasi goreng, nasi lemak atau bubur nasi.

Buah-buahan
Ketika bersarapan, elok jika anda dapat menghidangkan anak dengan buah-buahan. Paling tidak pun dengan jus buah segar. Hal ini kerana buah-buahan mengandungi banyak nutrien yang baik untuk kesihatan kanak-kanak. Termasuklah vitamin C. Makanan yang mengandungi vitamin C akan membantu kanak-kanak menyerap zat besi daripada makanan yang diambil mereka. Sebagai ibu bapa, anda kenalah pastikan anak mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang dicadangkan ialah buah epal, oren, anggur dan pisang.

Bijirin sarapan pagi
Bijirin sarapan pagi juga pilihan yang baik untuk sarapan anak kerana mengandungi tenaga dan beberapa vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh. Akan tetapi, anda perlulah berhati-hati kerana di pasaran ada bijirin-bijirin yang mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Untuk memastikan anda tidak tersalah pilih, perhatikan maklumat pemakanan yang terdapat pada kotak. Cari yang kurang manis dan kurang masin. Bagi menambahkan selera anak, tambahkan dengan potongan buah-buahan segar atau kismis. Secara tidak langsung, anak anda juga akan dapat khasiat daripada buah-buahan.

Susu dan hasil tenusu
Untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, jangan lupa berikan anak makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan dadih.

(Sumber dari : http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/makanan-terbaik-untuk-sarapan-1.112593)




Air Asia tawar 10,000 tempat duduk percuma

14 FEBRUARY, 2013 in INFO TERKINI SHARE: 615 2 617

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,000 tempat duduk percuma ditawarkan oleh Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd untuk tempahan ke destinasi di semenanjung, Sabah dan Sarawak pada Jumaat bagi perjalanan 1-30 April. Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Bagaimanapun tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik dalam semenanjung atau Sabah dan Sarawak, demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Tempahan bagi tempat duduk percuma itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan MyKad selama 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari 2013. Walaupun tambang dan surcaj bahan api diketepikan, cukai lapangan terbang akan dikenakan. “Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tambang murah berkenaan,” katanya. Tawaran berkenaan merupakan sebahagian program ‘Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia’ yang dilancarkan awal bulan lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Info Terkini @ forblogger.net

-via Air Asia tawar 10,000 tempat duduk percuma
( info dari : http://www.forblogger.net/2013/02/air-asia-tawar-10000-tempat-duduk-percuma.html)

2013

Dah nk habis bulan February br nak update. Busy dan penyakit mim alip lam sim...hihi
1) Alhamdulilah dah pass kursus QA. Lepas ni kena cari U untuk sambung study pulak. Ada tiga pilihan. USM, UUM dan UMS. Sume jauh2. Tak pela. Nak mencari ilmu kenala berkorban jiwa dan raga.. Pengalaman semasa kursus ni x tau nak cakapla. Tp akhirnya... Pass jua. Hihi

2) Masuk je opis, migrain seminggu. Tak tau nak mula dari mana. Maklum mood study masih menebal. Lagi2 lepas dengar ramai kawan2 QA yang masuk U bulan Februari ni. Rasa mcm ketinggalan pulak. Tp yg bagusnya...boleh buat preparation yg lebih lagi. Bukan bab kerja je, bab yg kt umah pun kena ready mental dan fizikal. Yela sebab USM bukan dekat beb...

3) Tahun ni jugak mula berjinak2 dgn bisnes secara kecil kecilan. Buat persediaan untuk hari tua. Maklum jaga warga emas kan, so antara isu warga emas akan datang adalah simpanan di hari tua. Umur pun dah banyak so kenala mula dari sekarang. So kalau rasa berminat nak try produk Shaklee bolehla pergi kat blog http://xcessproduct.blogspot.com dan kalau sapa2 yang terdesak nak beli top up tapi malas nak jalan ke kedai, senang je...bank in duit melalui maybank2u atau CIMB Click, tak sampai 5 minit, anda akan dapat top up anda. Senangkan..so kawan2.. Kalau sudi tolong promote ekk.. Jasa anda semua amat dihargai.

4) Last sekali, happy birthday to my hubby....yg ke 34.. Mama dan aish love u so much..