Monday 29 April 2013

Roti sosej breadcrumbs!!

Tiap2 hari bila balik rumah lepas kerja mesti tak tahu nak masak apa untuk dinner. Selalu dinner sebelum jam 7, sampai rumah pun dah 6.30. Ada setengah jam je nak masak. Masak apanyer?? So hari tu tengok citer nigelia bites@AFC..and dapat idea!!.. so terhasillah resepi ini..mudah, dan senag disediakan

Bahan2
2 keping sosej dibelah dua
4 keping roti gardenia
Telur 2 biji (dipukul)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar breadcrumb (serbuk roti)
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
Balut roti dengan sosej yg telah dibelah dua tadi. Kemudian celup pada telur, kemudian dicelup pada tepung gandum, kemudian telur semula dan akhir sekali dicelup pada breadcrumb. Goreng sehingga garing dgn api yg perlahan. Sedap dimakan dengan cheesy sos...cubala!!


Sunday 28 April 2013

Samsung Galaxy S4...its here now!!!


detail feel free to visit :

http://www.samsung.com/my/galaxys4/?cid=my_home_thelatest_left1_galaxys4_20130426

Sunday 21 April 2013

Homemade pizza..YUMMMY

Bahan-bahan


bhn untuk doh pizza
  • 200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter
bhn2 utk topping
  • dada ayam (potong dadu) 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • cili boh (kalau suka pedas)
  • cili sos       
  • cendawan (potong nipis2)
  • kacang pis
  • bawang
  • cheese chesdale  
           
Cara-cara

bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
 
canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
 
utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. masukkan cili boh dan tumis sehingga masak. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2 diikuti dgn sos cili                                                             
 
Sapu kulit piza dengan sedikit butter. kemudian diikuti dengan ayam masak sos tadi.ratakan sos keseluruh bahagian. masukkan toping tadi. cendawan, bawang dan kacang pis. Boleh juga letak toping lain mengikut suka....

masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!
         
 



 
Cuba yer...jangan x cuba...specialy untuk geng whatapps member SAMT'79...
                                           

RESEPI LASAGNA....

Entry ni khas untuk geng whatapps member SAMT'79...

Bahan-bahan

  • 300g daging cincang             
  • 1 botol prego spagheti sos              
  • 1-2 sudu besar cili boh              
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna             
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket  Mozarella cheese (yg dah parut)            
  • 1-2 cawan susu segar             
  • Sedikit garam
Cara-cara

ADUAN A (Sos daging)

Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.  Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam. Selepas daging empuk, masukkan sos spageti prego. Setelah mendidih padam api dan ketepikan.
 
ADUAN B (Sos putih)               
 
Sediakan sauce pan, panaskan. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.  Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula. Masukkan cheese sedikt sahaja, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api setelah sos kelihatan sedikit pekat. (jgn pekat sgt nanti adunan akan sedikit keras bila sejuk) 
 
Sediakan dulang sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) . Kemudian masukkan pula sos putih tadi. Selang selikan aduanan sehingga dulang penuh. Akhir sekali taburkan cheese mozarela kt atas menutupi keseluruhan permukaan.               

Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak. Setelah masak biarkan lasagna sejuk sebentar. Kalau potong terlalu awal lasagna akan hancur dan lembik.

 
ni gambar model lasagna...hihi


ni lasagna masa panas
 

 
ni sebelum dibakar (masa bawak untuk pot luck kt opis)

 
yg ni aish makan kt delifrance...hihi gambar selingan jer
 
Apapun...harap u all enjoy dgn resepi ni...dan cuba jgn x cuba..

Monday 1 April 2013

Pelancaran Projek EEP Wanita Warga Emas

Hari ni bertempat di RSK JB, ada pelancaran Projek EEP Wanita Warga Emas peringkat RSK. Majlis dirasmikan oleh bos. Dapat hadiah produk EEP ni iaitu....pemegang periuk!!. Balik hotel hujan lebat. Lepak kt starbuck dulu pekena hot choclate...yum....yum