Friday, 22 February 2013

Masalah Peti Sejuk

Semua orang ada peti sejuk. Selain untuk kemudahan, peti sejuk juga perlu dijaga dengan baik bagi memastikan barang-barang yang disimpan tahan lama dan elok. berikut merupakan antara masala-masalah yang dihadapi.
 
 
 
 

 1. Air bocor di dalam atau di bawah peti sejuk;
- Saluran paip air limpah tersumbat, patah atau bocor. Ganti dengan yang baru.
- Pastikan hos paip tidak tersumbat dan dulang tadahan tidak dipenuhi air.



 
2. Bau busuk;
- Saluran paip tersumbat. Tolak dengan air (flush).
Bersihkan hos dan dulang tadahan air.





3. Bunyi luar biasa;
- Pastikan kaki unit selaras pada keempat-empat kakinya.
- Pastikan dulang tadahan air berada pada kedudukan yang betul.
- Pastikan getah penahan pada kaki pemampat berada dlm keadaan baik (tidak pecah atau keras getahnya).
- Pastikan kipas penyejat dan kipas pemeluwap tidak terhalang oleh benda asing, biasanya habuk yg terlalu tebal ataupun material lain bawaan tikus.


 
4. Ais berlaku dengan cepat / Tidak defrost habis;
- Pastikan pintu peti sejuk tertutup rapat.
- Pastikan getah pintu dalam keadaan baik. Jika rosak, gantikan dengan yang baru.
- Pemasa (timer), pemanas (heater), atau pelaras suhu (thermostat) perlu diganti.



 
5. Kurang sejuk / Sentiasa running;
- Pastikan larasan suhu pada thermostat dalam keadaan betul.
- Pemeluwap kotor. Bersihkan.
- Pastikan gasket pintu elok. Gantikan jika perlu.
- Dalam cuaca panas, peti sejuk akan kerap running.
Pindahkan peti sejuk ke tempat / bilik yg kurang panas. Contohnya jika peti sejuk terletak di tepi tingkap, pindahkan sedikit dari tingkap supaya pancaran cahaya matahari tidak mengenai badan peti sejuk.
- Bilah penyejat atau pemeluwap mungkin tersekat, patah atau rosak.
- Pemasa nyahfrost (defrost timer) mungkin rosak dan perlu diganti.



6. Unit kerap on dan off sendiri;
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Jika ini berterusan, pemampat akan cepat rosak.
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. (Khasnya peti sejuk jenis "chiller display").


7. Unit berhenti beroperasi, tetapi voltan bekalan ada;
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. Pastikan kipas pemeluwap beroperasi seperti biasa.
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Pastikan thermostat dalam keadaan baik.
- Pastikan pemampat dalam keadaan baik.

8. Unit berhenti terus, tiada bunyi dan tiada lampu menyala;
- Periksa kotak fius di rumah, pada MCBnya mungkin tiada bekalan masuk atau suisnya terturun.
- Jika ada bekalan pada MCB di kotak fius, check fius 13 Ampere pada plug 3 pin pada unit.
- Jika fius 13 A masih ok, kemungkinan thermostat rosak atau pemampat rosak. Rujuk pada juruteknik peti sejuk.


 




No comments:

Post a Comment