Monday 18 November 2013

Cuci mata...barangan tupperware !!!



Saturday 9 November 2013

Promosi barangan tupperware terkini!!!



Tuesday 5 November 2013

Try application iPad baru - snapseed

Tadi ke pusat maritim Putrajaya. Try ambil gambar guna application snapseed ni. Memang syok. Tapi model seorang ni xde gaya lain. Asyik gaya ultraman je...x kisah la...janji mama enjoy amik gambar dan edit dengan snapseed ni !!!!!






Friday 1 November 2013

Decoration bilik study

Akhirnya kotak barang2 opis tiba jua...dah dengan pantasnya terus hias bilik study mcm work station kt opis..hihi rindunya kt opis... Xoxo


    

Bilik aish

Nila keadaan bilik Aish dgn mainan yg bersepah-sepah kalau dia main. Emmm misi untuk mencari box atau rak yg bersesuaian untuk simpan semua mainan ni. Tambahan pula tahun depan Aish akan bersekolah. Silap2 buku pun boleh x jumpa nanti. Nantikan entri akan datang..adakah misi ini berjaya???



Tuesday 22 October 2013

Insentif Taska JKM

Apa guna kerja JKM kalau tak mempromosikan perkhidmatan yang ada kan... So apa kata pada sesiapa yang berminat untuk memohon geran bagi menubuhkan taska dan ibubapa yanng menghantar anak ke taska bolehlah melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my dan klik pada ruangan insentif taska pada ruangan sebelah kanan anda. Segala maklumat yang diperlukan ada di sana. Berita baik, tarikh tutup permohonan insentif Taska telah dilanjutkan kepada 31 Oktober 2013. Jangan lepaskan peluang ini dan hantarla anak anda ke taska yang berdaftar dengan JKM.











Monday 7 October 2013

I want to go to Bali/Yangon with Travelar because......


 I want to go to Bali/Yangon with Travelar because it's my dreaming place ever and ever!!!!

Cuti sekolah tak lama lagi. Dah survey tempat yang sesuai untuk melancong bersama keluarga? Dalam post ni nak story tentang Bali dan Yangon. Dua tempat menarik yang dekat dengan Malaysia dan pasti akan memberikan pengalaman yang menakjubkan kalau dapat pergi sana. Apa yang menarik yang ada di Bali? Jom kita survey..

Over the years, Bali has been described in many a superlative terms. Endowed with great natural beauty and rich culture, it is by far the most popular tourist destination in Indonesia. It is a land of soaring majestic volcanoes, of emerald rice fields clinging on hillsides and sculpted in tiers, of idyllic beaches and modern resorts. Despite overwhelming foreign influences, the Balinese have managed to reach a harmonious balance between preserving their culture, their natural environment and accommodating today's changing world. The Hindu Bali religion pervades all aspects of Balinese society and shrines and temples dominate the landscape. Ceremonies, festivals, age-old dances and the arts are also an inseparable part of their life and culture.
Adventure and Outdoor Activities
Bali is also gaining recognition as a fabulous destination for water sports. Apart from the island's top beach resorts, the island boast superb windsurfing, sailing, diving and snorkeling and surfing. Hardy travelers may try while water rafting down Bali's longest river, the Ayung. While divers will find Tulamben and its World War II wreck is popular diving spot with coral reefs and a colorful collection of fish. Bali has numerous world-class golf courses, ranging from tropical-design to ocean-front courses. One is even situated 1,200 m above sea-level in a volcanic crater.

Nature Reserves
The Bali Barat National Park contains mountainous, densely forested and wild areas of west Bali. The water around Menjangan Island has Bali's best diving and also the habitat of the beautiful black-palm cockatoo and the Jalak Bali.

Culture
Bali is estimated to have around 20,000 temples. Some of the most important are Besakih, the Mother Temple of Bali on the slopes of the sacred Mount Agung; Tanah Lot, Bali's famous sea temple; Ulun Danu which rises out of Lake Bratan and Kerta Gosa at Klungkung. During the kingdom's glory, the latter served as a hall of justice. Ceilings painted in the Balinese wayang style depict scenes of reward and punishment. For a glimpse of how the island was before being inundated by tourists and modernity, visit the notable traditional villages of the Bali Aga, the island's original inhabitants, Trunyan and Tenganan.

Bali, with its stunning scenery and culture is increasingly popular as an exotic wedding location. Attractive wedding packages offer prospective brides and bride grooms traditional rituals and costumes.

Cuisine
Like the food of other regions in Indonesia, Balinese food is rice as the central dish served with small portions of spicy, pungent vegetables, fish or meat and served almost always with sambal or chili paste. Bali is a few of the regions in Indonesia whose majority of its people are non Muslim, thus babi guling or roasted suckling pig is a specialty, as is bebek betutu, smoked stuffed duck wrapped in bamboo leaves.

Shopping
Shopping in Bali can offer excellent bargains. Catering mostly to tourists, shops sell modern artwork, leather goods, casual summer clothing and of course beach wear, shoes, CDs, T-shirts, furniture as well as knick-knacks. Sukawati Art Market offers a tempting range of Balinese goods in one place. Ubud is the center of Balines dancing, painting and wood panel carvings. It is also popular as an artist' village. Peliatan is known as the center of traditional music and dances. Mas is a village of wood-carvers. A new style of woodcarving creates carvings of fruit, flower and tree that resemble their real shapes and colorings. Stone figures on the roadside mark the village of Batubulan, famous for its stone carvings and antiques. Celuk is noted for its gold and silverworks of jewelry made using age-old techniques. Those in search of batik, clothing or material should not miss Gianyar which has at least 40 textile factory.
Emmm menarik kan....harap impian untuk ke sana tercapai.

Sunday 6 October 2013

Kenali personaliti diri melalui jenis darah

Dapat ni daripada Facebook. Maybe boleh tengok sama ada persamaan atau tidak. Yang mana satu personaliti anda?




Thursday 3 October 2013

Long story to tell la....

Bersawang blog ni. Lebih 3 bulan x post apa-apa di sini. Emmm nk buat rumusan ke nak story satu persatu?.

Akhirnya saya memilih UUM bukannya USM. Sebab apa? Kerana keluarga. Shhhh...rahsia ni. Saya pernah kehilangannya satu masa dulu sbb kerja dan saya tak nak kehilangannya lagi kerana studi pulak. Biarlah susah asalkan keluarga sentiasa ada di sisi. 

Studi di UUM hanya pada hari Sabtu, kelas start jam 9-12, Dan 12-3. Fuhh berderet2. Bertolak Dari PUTRAJAYA malam dalam jam 10.15 dan sampai di Changlun dalam jam 5 pagi. Alhamdulilah dah masuk minggu ketiga dan segalanya makin mudah walau sukar di permulaan. Kelas pun lancar, makin ok utk sesuaikan diri dengan kuliah dan persekitaran U.(yg telah lama ditinggalkan).

Sebelum start studi kerja-kerja opis macam nk pengsan kena siapkan...fuhhhh. Sbb bukan kerja yang ada tak siap, tapi kerja yang diberi disaat2 akhir sebelum bercuti ni. Alhamdulilah akhirnya selesai walau rasa kesian pada yang akan ambil alih sebab tugas berkaitan PAWE ni agak sukar pada permulaan tapi insyaAllah akan mudah akhirnya.

Jamuan raya bahagian juga berjalan dengan lancar. Segala yang dirancang menjadi dan tetamu datang tanpa henti2. Makanan cukup dan decoration pun mavelos...hihihihi. Siap ada deejay dan cabutan bertuah. Sungguh meriah.

Dan akhirnya pada 9 September hari akhir saya di WTK. Petang tu bos panggil meting. Dengar kata bos nak bagi hadiah pada semua sebab berjaya buat jamuan dengan jayanya semalam. Best2... Tup2 ada surprise. Sekali dengan majlis perpisahan...huhuhu. Dah mula sebak.....Mood sedih. Hello cuti 2 tahun je bukannya berpindah pun...Tp tetap sedih...huhuhuhu uwaaaaaaa

Dalam masa meting tu dapat pulak panggilan daripada Bahagian Pengurusan Hartanah JPM. Permohonan kuarters telah diluluskan. Yey!!! Dapat kuarters presint 5, walau terpaksa ambik kuarters downgrade Tp apapun syukur alhamdulilah. Masalah Aish sekolah tahun depan dan nak berulang jauh setiap hari selesai. Sekolah Aish pun tepi rumah je. Hihi

Emmm assignment dah bertimbun. Draf proposal pun tgh dalam proses ni. Dan.......STRESSS. Huhu. Tapi alhamdulilah dapat dua orang penyelia yang banyak membantu dan memahami keadaan saya yang duduk jauh ni. Kami berhubung melalui emel dan berjumpa dua minggu sekali. 

Keadaan rumah...emmm masih bersepah. Belum sempat nak kemas. Aarghhh my timetable masih tunggang langgang. Cabaran untuk diri ni dan i believe I can do it!!!






Hadiah dari Bahagian WTK. TQ!!!



Aish masuk pertandingan PRA Bijak kategori Bahasa Inggeris..







Monday 22 July 2013

Pengambaran Kad Raya 2013!!

 
Hari ni buat pengambaran untuk kad raya 2013...tapi ramai sangat yang xde. So kami buat ikut suke jer...
 
 
so yang jadinya...yang ni... SELAMAT HARI RAYA!!!!

Thursday 4 July 2013

Selsema dan demam...

Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).


Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.
2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.
3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.
4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.
2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.




Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/10/2-petua-hilangkan-selsema.html#ixzz2Y7sH1NNZ
 
 


 

Wednesday 22 May 2013

Jom Solat Dhuha..

Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Saturday 18 May 2013

Bio essence bird nest

Semalan try cari produk kecantikan lain since produk yg sblm ni dikhuatiri mengandungi bahan terhalang so decide nak tukar produk la. So pegila ke kedai kassim kt SB. Muka2 nk try safi rania gold. Tp sbbkan xde promoter sorg pun nk btanya pasal produk ni..so pg jengok2 kt bio essence (BE) produk. Dah la mmg minat kt scha kan..terpengaruh terus nk beli produk ni. (Berangan nk dptkan kulit macam scha). Lagipun produk ni ada kolagen dn bird nest.

Akhirnya belila set cleanser (pencuci), whitening advancer (toner) dan whitening cream bird nest ( cream siang dn malam).

Dah sampai rumah bacala blog/review pasal produk BE ni. Rupanya ada satu lagi set tertinggal. Iaitu whitening essence aka serum. So hari ni pegila guardian kt SB. Terpengaruh pulak dgn promoter nutox. Utk makluman nutox ni pun ada kolagen dan bird nest jugak. Sbb dah beli produk BE smlm, hy tanya tentg serum BE jela. So dia suggest nutox oxyfusion cell boosting (betul ke eja ni) untuk kecilkan pori2 kt muka. Pakai selepas guna cleanser dn toner. Bila tanya ok ke campur2 produk ni. Dia kata BE dgn nutox ok. Lagipun main produk tetap BE. So xde masalahla. Yg nutox ni hy utk bantu kecilkan pori je...

So...next entry akan cerita hasilnya pulak...



Thursday 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU!!


Sunday 12 May 2013

Magnet peti sejuk...

Collection setakat ini....


Monday 29 April 2013

Roti sosej breadcrumbs!!

Tiap2 hari bila balik rumah lepas kerja mesti tak tahu nak masak apa untuk dinner. Selalu dinner sebelum jam 7, sampai rumah pun dah 6.30. Ada setengah jam je nak masak. Masak apanyer?? So hari tu tengok citer nigelia bites@AFC..and dapat idea!!.. so terhasillah resepi ini..mudah, dan senag disediakan

Bahan2
2 keping sosej dibelah dua
4 keping roti gardenia
Telur 2 biji (dipukul)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar breadcrumb (serbuk roti)
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
Balut roti dengan sosej yg telah dibelah dua tadi. Kemudian celup pada telur, kemudian dicelup pada tepung gandum, kemudian telur semula dan akhir sekali dicelup pada breadcrumb. Goreng sehingga garing dgn api yg perlahan. Sedap dimakan dengan cheesy sos...cubala!!


Sunday 28 April 2013

Samsung Galaxy S4...its here now!!!


detail feel free to visit :

http://www.samsung.com/my/galaxys4/?cid=my_home_thelatest_left1_galaxys4_20130426

Sunday 21 April 2013

Homemade pizza..YUMMMY

Bahan-bahan


bhn untuk doh pizza
  • 200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter
bhn2 utk topping
  • dada ayam (potong dadu) 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • cili boh (kalau suka pedas)
  • cili sos       
  • cendawan (potong nipis2)
  • kacang pis
  • bawang
  • cheese chesdale  
           
Cara-cara

bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
 
canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
 
utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. masukkan cili boh dan tumis sehingga masak. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2 diikuti dgn sos cili                                                             
 
Sapu kulit piza dengan sedikit butter. kemudian diikuti dengan ayam masak sos tadi.ratakan sos keseluruh bahagian. masukkan toping tadi. cendawan, bawang dan kacang pis. Boleh juga letak toping lain mengikut suka....

masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!
         
 



 
Cuba yer...jangan x cuba...specialy untuk geng whatapps member SAMT'79...
                                           

RESEPI LASAGNA....

Entry ni khas untuk geng whatapps member SAMT'79...

Bahan-bahan

  • 300g daging cincang             
  • 1 botol prego spagheti sos              
  • 1-2 sudu besar cili boh              
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna             
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket  Mozarella cheese (yg dah parut)            
  • 1-2 cawan susu segar             
  • Sedikit garam
Cara-cara

ADUAN A (Sos daging)

Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.  Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam. Selepas daging empuk, masukkan sos spageti prego. Setelah mendidih padam api dan ketepikan.
 
ADUAN B (Sos putih)               
 
Sediakan sauce pan, panaskan. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.  Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula. Masukkan cheese sedikt sahaja, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api setelah sos kelihatan sedikit pekat. (jgn pekat sgt nanti adunan akan sedikit keras bila sejuk) 
 
Sediakan dulang sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) . Kemudian masukkan pula sos putih tadi. Selang selikan aduanan sehingga dulang penuh. Akhir sekali taburkan cheese mozarela kt atas menutupi keseluruhan permukaan.               

Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak. Setelah masak biarkan lasagna sejuk sebentar. Kalau potong terlalu awal lasagna akan hancur dan lembik.

 
ni gambar model lasagna...hihi


ni lasagna masa panas
 

 
ni sebelum dibakar (masa bawak untuk pot luck kt opis)

 
yg ni aish makan kt delifrance...hihi gambar selingan jer
 
Apapun...harap u all enjoy dgn resepi ni...dan cuba jgn x cuba..

Monday 1 April 2013

Pelancaran Projek EEP Wanita Warga Emas

Hari ni bertempat di RSK JB, ada pelancaran Projek EEP Wanita Warga Emas peringkat RSK. Majlis dirasmikan oleh bos. Dapat hadiah produk EEP ni iaitu....pemegang periuk!!. Balik hotel hujan lebat. Lepak kt starbuck dulu pekena hot choclate...yum....yum



Tuesday 12 March 2013

Program NBOS

Last week, balik kampung..hihi tapi actually sekejap je. Tinggalkan aish dgn mak. I kena pergi jadi urus setia program NBOS 1 Malaysia Family Care kt Politeknik Sabak Bernam. Hari first chek in kat Institut Perakaunan Negara. Dapat banglo. eeemmm bestnya kalau dapat banglo sebijik mcm ni....in real!

Hari first dipenuhi dengan reheasal, reheasal dan reheasal sampaila malam. I jaga lawatan PM ke rumah klien warga emas. Sampai pukul 12 malam duduk kt sana. Sian mak cik tu sekeluarga  nk tido pun x boleh. Sorry mak cik. Nak make sure everything is perfect for tomorrow event.



Esoknya..pagi2 dah bangun...pergi ke rumah makcik tu. Sebab program first PM adalah bersarapan di rumah mak cik ni sebelum ke pelancaran di Politeknik. Rumah mak cik ni telah dipilih dan ICU telah beri peruntukan untuk membaiki rumah beliau.






Amin. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat....

Sunday 3 March 2013

Doa Abu Darda


 

Ada doa yang bermula dengan ""Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil karim...

Ada pula doa yang bermula dengan ""Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil azim...

kalau berpandukan Kitab Pedinding Diri, tulisan (Arab) oleh Al-Muhadith Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, diterjemah oleh Ustaz Fuad Kamaludin (Yayasan Sofa) - yang betulnya "AZIM"

Maksudnya:

Ya ALLAH, Tuhan Kami, Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar. Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya ALLAH (atas tiap sesuatu) amat berkuasa. Dan sesungguhnya ALLAH meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu. Ya ALLAH, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan/keburukkan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap mahkluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia) Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar


Keterangan:

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata :”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda menjawap:”Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”. Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari.

Mana satu?

Hari ni, aish masuk taska transit kat KPKK..selang dua blok dari opis mama. Kat sana baru ada 6 orang budak transit. Senang la skit, kalau mama kena meting sampai malam, at least aish boleh tunggu kt opis mama kan.. Mama pun dapatla exercise berjalan tiap-tipa hari pergi ke KPKK tu..

Hari ni mama nk daftar Aish masuk darjah satu utk tahun depan. Tapi belum decide nak sekolah kat presint berapa. babah kata dia nak survey dulu. Maknanya esok la baru boleh daftar sekolah aish. Senang je. Pergi ke laman web ini

http://apps.moe.gov.my/sppm/

untuk pendaftaran tahun satu di Putrajaya sahaja.

Kejap je dah nak darjah satu..emmmm


Ni la taska tempat aish transit sekarang...ni baru kat lobi..hihi dalam lagi cantik. Alhamdulilah


 

Friday 22 February 2013

Masalah Peti Sejuk

Semua orang ada peti sejuk. Selain untuk kemudahan, peti sejuk juga perlu dijaga dengan baik bagi memastikan barang-barang yang disimpan tahan lama dan elok. berikut merupakan antara masala-masalah yang dihadapi.
 
 
 
 

 1. Air bocor di dalam atau di bawah peti sejuk;
- Saluran paip air limpah tersumbat, patah atau bocor. Ganti dengan yang baru.
- Pastikan hos paip tidak tersumbat dan dulang tadahan tidak dipenuhi air.



 
2. Bau busuk;
- Saluran paip tersumbat. Tolak dengan air (flush).
Bersihkan hos dan dulang tadahan air.





3. Bunyi luar biasa;
- Pastikan kaki unit selaras pada keempat-empat kakinya.
- Pastikan dulang tadahan air berada pada kedudukan yang betul.
- Pastikan getah penahan pada kaki pemampat berada dlm keadaan baik (tidak pecah atau keras getahnya).
- Pastikan kipas penyejat dan kipas pemeluwap tidak terhalang oleh benda asing, biasanya habuk yg terlalu tebal ataupun material lain bawaan tikus.


 
4. Ais berlaku dengan cepat / Tidak defrost habis;
- Pastikan pintu peti sejuk tertutup rapat.
- Pastikan getah pintu dalam keadaan baik. Jika rosak, gantikan dengan yang baru.
- Pemasa (timer), pemanas (heater), atau pelaras suhu (thermostat) perlu diganti.



 
5. Kurang sejuk / Sentiasa running;
- Pastikan larasan suhu pada thermostat dalam keadaan betul.
- Pemeluwap kotor. Bersihkan.
- Pastikan gasket pintu elok. Gantikan jika perlu.
- Dalam cuaca panas, peti sejuk akan kerap running.
Pindahkan peti sejuk ke tempat / bilik yg kurang panas. Contohnya jika peti sejuk terletak di tepi tingkap, pindahkan sedikit dari tingkap supaya pancaran cahaya matahari tidak mengenai badan peti sejuk.
- Bilah penyejat atau pemeluwap mungkin tersekat, patah atau rosak.
- Pemasa nyahfrost (defrost timer) mungkin rosak dan perlu diganti.



6. Unit kerap on dan off sendiri;
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Jika ini berterusan, pemampat akan cepat rosak.
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. (Khasnya peti sejuk jenis "chiller display").


7. Unit berhenti beroperasi, tetapi voltan bekalan ada;
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. Pastikan kipas pemeluwap beroperasi seperti biasa.
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Pastikan thermostat dalam keadaan baik.
- Pastikan pemampat dalam keadaan baik.

8. Unit berhenti terus, tiada bunyi dan tiada lampu menyala;
- Periksa kotak fius di rumah, pada MCBnya mungkin tiada bekalan masuk atau suisnya terturun.
- Jika ada bekalan pada MCB di kotak fius, check fius 13 Ampere pada plug 3 pin pada unit.
- Jika fius 13 A masih ok, kemungkinan thermostat rosak atau pemampat rosak. Rujuk pada juruteknik peti sejuk.