Thursday 3 October 2013

Long story to tell la....

Bersawang blog ni. Lebih 3 bulan x post apa-apa di sini. Emmm nk buat rumusan ke nak story satu persatu?.

Akhirnya saya memilih UUM bukannya USM. Sebab apa? Kerana keluarga. Shhhh...rahsia ni. Saya pernah kehilangannya satu masa dulu sbb kerja dan saya tak nak kehilangannya lagi kerana studi pulak. Biarlah susah asalkan keluarga sentiasa ada di sisi. 

Studi di UUM hanya pada hari Sabtu, kelas start jam 9-12, Dan 12-3. Fuhh berderet2. Bertolak Dari PUTRAJAYA malam dalam jam 10.15 dan sampai di Changlun dalam jam 5 pagi. Alhamdulilah dah masuk minggu ketiga dan segalanya makin mudah walau sukar di permulaan. Kelas pun lancar, makin ok utk sesuaikan diri dengan kuliah dan persekitaran U.(yg telah lama ditinggalkan).

Sebelum start studi kerja-kerja opis macam nk pengsan kena siapkan...fuhhhh. Sbb bukan kerja yang ada tak siap, tapi kerja yang diberi disaat2 akhir sebelum bercuti ni. Alhamdulilah akhirnya selesai walau rasa kesian pada yang akan ambil alih sebab tugas berkaitan PAWE ni agak sukar pada permulaan tapi insyaAllah akan mudah akhirnya.

Jamuan raya bahagian juga berjalan dengan lancar. Segala yang dirancang menjadi dan tetamu datang tanpa henti2. Makanan cukup dan decoration pun mavelos...hihihihi. Siap ada deejay dan cabutan bertuah. Sungguh meriah.

Dan akhirnya pada 9 September hari akhir saya di WTK. Petang tu bos panggil meting. Dengar kata bos nak bagi hadiah pada semua sebab berjaya buat jamuan dengan jayanya semalam. Best2... Tup2 ada surprise. Sekali dengan majlis perpisahan...huhuhu. Dah mula sebak.....Mood sedih. Hello cuti 2 tahun je bukannya berpindah pun...Tp tetap sedih...huhuhuhu uwaaaaaaa

Dalam masa meting tu dapat pulak panggilan daripada Bahagian Pengurusan Hartanah JPM. Permohonan kuarters telah diluluskan. Yey!!! Dapat kuarters presint 5, walau terpaksa ambik kuarters downgrade Tp apapun syukur alhamdulilah. Masalah Aish sekolah tahun depan dan nak berulang jauh setiap hari selesai. Sekolah Aish pun tepi rumah je. Hihi

Emmm assignment dah bertimbun. Draf proposal pun tgh dalam proses ni. Dan.......STRESSS. Huhu. Tapi alhamdulilah dapat dua orang penyelia yang banyak membantu dan memahami keadaan saya yang duduk jauh ni. Kami berhubung melalui emel dan berjumpa dua minggu sekali. 

Keadaan rumah...emmm masih bersepah. Belum sempat nak kemas. Aarghhh my timetable masih tunggang langgang. Cabaran untuk diri ni dan i believe I can do it!!!






Hadiah dari Bahagian WTK. TQ!!!



Aish masuk pertandingan PRA Bijak kategori Bahasa Inggeris..







1 comment:

  1. pejam celik, pejam celik - 2 tahun bukanlah tempoh yang lama.
    all the best Aid & moga Allah permudahkan segala urusan Aid sepanjang tempoh belajar ni..amin

    ReplyDelete