Friday 15 February 2013

Air Asia tawar 10,000 tempat duduk percuma

14 FEBRUARY, 2013 in INFO TERKINI SHARE: 615 2 617

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,000 tempat duduk percuma ditawarkan oleh Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd untuk tempahan ke destinasi di semenanjung, Sabah dan Sarawak pada Jumaat bagi perjalanan 1-30 April. Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Bagaimanapun tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik dalam semenanjung atau Sabah dan Sarawak, demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Tempahan bagi tempat duduk percuma itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan MyKad selama 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari 2013. Walaupun tambang dan surcaj bahan api diketepikan, cukai lapangan terbang akan dikenakan. “Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tambang murah berkenaan,” katanya. Tawaran berkenaan merupakan sebahagian program ‘Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia’ yang dilancarkan awal bulan lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Info Terkini @ forblogger.net

-via Air Asia tawar 10,000 tempat duduk percuma
( info dari : http://www.forblogger.net/2013/02/air-asia-tawar-10000-tempat-duduk-percuma.html)

No comments:

Post a Comment