Sunday 23 December 2012

Kursus QA part 2

Lupa pulak nak post apa itu QA course ni. QA adalah singkatan bagi Qualitative Analysis. Kursus ini adalah kursus persediaan bagi penjawat awam yang telah ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). HLP ni adalah hadiah yg diberikan oleh JPA berupa penajaan pembelajaran / cuti belajar bergaji penuh bagi pelajar yang amik Master or PHD.

Alhamdullilah i dapat HLP bagi tahun 2013. Diluluskan untuk amik course social work di USM (jauhnya...)...Tapi sebelum JPA bg duit pi sambung belajar, kena lulus dengan cemerlang kursus QA ni dulu. QA ni dijalankan selama 6 week dan terbahagi kepada 3 modul. Yg pertama modul qualitative/quantitative analysis, modul kedua adalah statistik dan yg ketiga adalah modul SPSS. Setiap satu modul ada penilaiannya. Dan terus terang cek nak bagitahu...mmg susah bg org mcm i yg dah lama x study..hihi. Lecture in english/malay, assesment in english but exam in malay... (Fuhh nasib baik). Penilaian juga dinilai pada group work dan kehadiran (yg dibenarkan sekurang2nya sehari je boleh MC huhu)

So doakan den dapat jalani kursus ni dan jawab exam nanti dengan cemerlang yer... Tak sabar nak tunggu 25 hb Januari ni... Baru lepas seminggu dan stress semacam.. :( lagi 5 more week to go.. Insya Allah akan ada post terkini mengenai kursus ni dr masa ke semasa... (Kalau menarik utk diceritakan la yer)..

2 comments:

  1. salam just nak tanya..

    ada tak kes sebelum ni yang gagal ujin kursus ni..so apa kesannya ye??

    boleh buat rayuan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang gagal Tp diberi peluang untuk duduki ujian bg yg gagal sahaja. Contoh kalau gagal modul statistik hanya ambil test statistik sahaja. (Repeat). Tp ada juga yang gagal sebab selalu x hadir kelas. So repeat keseluruhan kelas modul tu.

      Delete