Hari ni buat pengambaran untuk kad raya 2013...tapi ramai sangat yang xde. So kami buat ikut suke jer...
Monday, 22 July 2013
Thursday, 4 July 2013
Selsema dan demam...
Penyakit
selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk.
Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah
banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta
makanlah makanan yang mudah dicerna.
Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing
adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak
anda).
Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah
berikut:
1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia
bersih.
2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia
mengeluarkan lendir.3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.
4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.
Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari
sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.
Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk
mereka.
1. Ambil kunyit
hidup dan bersihkannya.
2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang
pasu.
3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup
tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.
Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi
langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada
selsema.
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/10/2-petua-hilangkan-selsema.html#ixzz2Y7sH1NNZ
Subscribe to:
Posts (Atom)