Tuesday 12 March 2013

Program NBOS

Last week, balik kampung..hihi tapi actually sekejap je. Tinggalkan aish dgn mak. I kena pergi jadi urus setia program NBOS 1 Malaysia Family Care kt Politeknik Sabak Bernam. Hari first chek in kat Institut Perakaunan Negara. Dapat banglo. eeemmm bestnya kalau dapat banglo sebijik mcm ni....in real!

Hari first dipenuhi dengan reheasal, reheasal dan reheasal sampaila malam. I jaga lawatan PM ke rumah klien warga emas. Sampai pukul 12 malam duduk kt sana. Sian mak cik tu sekeluarga  nk tido pun x boleh. Sorry mak cik. Nak make sure everything is perfect for tomorrow event.



Esoknya..pagi2 dah bangun...pergi ke rumah makcik tu. Sebab program first PM adalah bersarapan di rumah mak cik ni sebelum ke pelancaran di Politeknik. Rumah mak cik ni telah dipilih dan ICU telah beri peruntukan untuk membaiki rumah beliau.






Amin. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat....

Sunday 3 March 2013

Doa Abu Darda


 

Ada doa yang bermula dengan ""Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil karim...

Ada pula doa yang bermula dengan ""Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil azim...

kalau berpandukan Kitab Pedinding Diri, tulisan (Arab) oleh Al-Muhadith Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, diterjemah oleh Ustaz Fuad Kamaludin (Yayasan Sofa) - yang betulnya "AZIM"

Maksudnya:

Ya ALLAH, Tuhan Kami, Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar. Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya ALLAH (atas tiap sesuatu) amat berkuasa. Dan sesungguhnya ALLAH meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu. Ya ALLAH, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan/keburukkan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap mahkluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia) Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar


Keterangan:

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata :”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda menjawap:”Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”. Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari.

Mana satu?

Hari ni, aish masuk taska transit kat KPKK..selang dua blok dari opis mama. Kat sana baru ada 6 orang budak transit. Senang la skit, kalau mama kena meting sampai malam, at least aish boleh tunggu kt opis mama kan.. Mama pun dapatla exercise berjalan tiap-tipa hari pergi ke KPKK tu..

Hari ni mama nk daftar Aish masuk darjah satu utk tahun depan. Tapi belum decide nak sekolah kat presint berapa. babah kata dia nak survey dulu. Maknanya esok la baru boleh daftar sekolah aish. Senang je. Pergi ke laman web ini

http://apps.moe.gov.my/sppm/

untuk pendaftaran tahun satu di Putrajaya sahaja.

Kejap je dah nak darjah satu..emmmm


Ni la taska tempat aish transit sekarang...ni baru kat lobi..hihi dalam lagi cantik. Alhamdulilah